Monday, November 15, 2010

10 Zulhijjah 1431h



Raya Haji, Raya Korban dan Aidiladha,
sememangnya mempunyai pengertian yang sama.
Bersempena dengan Raya Korban pada tahun ini sebagaimana yang kita tahu jatuh pada 17 hb November 2010 saya ingin mengucapkan:
“Selamat Hari Raya Korban@Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger yang beragama islam.
Namun, seperti biasa dalam keghairahan balik bercuti di harap semuanya berhati-hati dijalan raya, jangan sampai kita pula yang terkorban.
Maaf Zahir Batin untuk semua
terutamanya yang mengenali aku secare dekat dan juga yang mengenali secara maya(Internet)”

Mungkin ada di antara kita yang telah lupa mengenai Hari Raya Korban ini,
maklumla dinegara kita Aidilfitri lebih meriah dari Aidiladha.
Namun,aku pikir mesti ramai yang terlupa bila pula
Hari Raya Aidiladha mengikut kalendar islam?
Jika mengikut kalendar islam Hari Raya Aidiladha,
bermula pada 10,11,12 dan 13 Zulhijjah
pada setiap tahun dan disambut seluruh dunia oleh umat islam.

Majlis korban pula hanya bermula setelah khatib selesai membaca khutbah Aidiladha,(Jangan lupa khutbah selepas sembahyang yea)
sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijjah.
Sejarah Hari Raya Korban.,merupakan hari memperingati pengorbanan Nabi Ibrahim yang sanggup untuk mengorbankan anaknya(Nabi Ismail),demi tuntutan Allah Yang Maha Esa. Nabi Ibrahim juga sinonim dengan gelaran Khalil Ullah iaitu bermaksud “Sahabat Allah“. 10 Zulhijjah juga merupakan tarikh dimana Nabi Adam dan Hawa di usir dari Syurga ke bumi kemudiannya bertemu kembali di padang Arafah

Di sini juga terletaknya pengorbanan yang harus kita lakukan.
Bertakbirlah sepuas-sepuasnya sepanjang aidiladha ini.
Berpuasalah pada hari-hari awal Zulhijjah terutama pada hari ‘Arafah’.
Ingatilah para Hujjaj yg menjalani pelbagai ujian sebagai tetamu Allah
serta lihatlah darah yg mengalir dari lembu atau unta yg disembelih sebagai bukti ibadah korban yg dijalankan.

Secara fitrahnya,
aidiladha perlu disambut lebih meriah berbanding Aidilfitri.
Ini adalah kerana Aidiladha dipanggil sebagai hari raya al-Akbar(besar),
sementara Aidilfitri dipanggil al-Asghar (kecil). Walaupun demikian,
masyarakat kita telah salah faham dalam menyambut kedua-dua perayaan terbesar di dalam Islam ini.

Sinar aidiladha perlu dikembalikan,
begitu juga persepsi terhadap sambutan aidilfitri harus diperbetulkan.
Ini adalah peranan kita sebagai “MUSLIM” yang benar-benar berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.




p/s:Kalau korang ngah jalan2.,then ternampak mahluk nie..,
AWAS!!tangkap tau.,!ini semua PENYAMARAN di Hari Rayer Haji..,
Skunk nie.,saperk2 pon leyh tempah costume..,

2 comments: